CARA GUNA UMPAN UDANG HIDUP
Admin nak bagi tau satu rahsia yang min selalu simpan lama. Kalau min pergi memancing di kelong Pozi biasanya min bawa umpan udang hidup. Kalau min mancing seorang pun min prepare 100 ekor udang kecik. Tetapi.... tetapi ada masanya min tak umpan udang pun pergi ke kelong Pozi. Tapi kalau nak bawa juga tak salah pun.
Min bawa umpan udang hidup ke kelong Pozi bermusim. Biasanya ikan yang masuk ke kelong Pozi bermusim mengikut spisis. Kenapa ada musim tertentu dan ikan tertentu masuk ke kelong Pozi? yang ni min tak mau jawab lagi. Panjang lebar kalau nak terangkan pun. Min cuma nak bagi tau kenapa min bawa umpan udang hidup bermusim ke kelong Pozi? Jawapanya min bawa umpan udang hidup ke kelong Pozi pada musim tertentu kerana pada musim tertentu ada ikan yang suka makan umpan udang hidup masuk area kelong Pozi.
Min nak bagitau sahaja pada musim dan bulan tertentu, ikan seperti bandang, ebek, daun baru, anak Gt dan gerung belang masuk ke kelong pozi. Semua ikan yang min sebut di atas ni memang suka menyambar udang. Jadi rugilah kalau pada masa ni min tak bawa umpan udang hidup.
Macam mana min nak tau bila ikan ni masuk kelong??? ini persoalan yang min boleh jawab tapi mungkin tak tepat kerana min sendiri masih samar-samar . Cara yang paling senang kalau nak tahu ikan ni dah masuk atau belum dengan cara rajin bertanya kepada pemancing lain. Tanyalah ikan apa yang naik, kal;au salah satu ikan yang disebut di atas tersenarai maknanya kemungkinan ikan sudah masuk.
Cara mencangkuk udang hidup yang betul |
Inilah hasil tangkapan min di Kelong Pozi |
Comments
Post a Comment