UMPAN POWER

CARA MEMBANCUH UMPAN YANG POWER !

*Roti Sandwich
Brand: Mighty White / Daily Fresh / Top Baker
Bahan-bahan:
1) Satu bag Roti. Potong  ke size 1 cm
2) Kelapa parut 1 biji (300g)
3) Greenbait Minyak Pandan 4 penutup





Cara-cara:
Kelapa parut + 4 penutup minyak pandan greenbait dalam plastic bag dan bancuh rata. Selepas itu campur kelapa parut dan gaul rata bersama roti dadu. Goncang umpan sehingga sekata. Selepas 15 minit, umpan boleh di gunakan.
Sasaran Ikan :Patin /Pacu / Rohu






*Umpan pallet
Jenis pallet yang sesuai di gunakan ialah 6363 / 920 (4mm) / E8 / 6123 / 9931

-Cara bancuh pada siang hari: Pallet 500g + air panas 250ml dan goncang rata, setiap 5 minit goncang sebanyak 3 kali. Apabila sudah sekata, selepas 2 jam boleh campur kan perisa minyak strawberry greenbait 3 penutup dan goncang rata. Selepas itu masukkan perisa minyak soya greenbait 3 penutup dan goncang rata. Umpan sudah boleh digunakan.

-Cara bancuh pada malam hari: Pallet 500g + air panas 250ml dan goncang rata,setiap 5 minit goncang sebanyak 3 kali. Apabila sudah sekata, selepas 2 jam boleh campur perisa minyak pisang greenbait 2 penutup dan goncang rata. Selepas itu masukkan perisa minyak soya greenbait 4 penutup dan goncang rata. 

Umpan pallet ini sesuai digunakan untuk memancing ikan patin, mekong, rohu, pacu, tongsan dan lain-lain. 







Sampai disini sahaja buat masa ini. Semoga perkongisan ilmu ini amat berguna kepada anda semua. :)




















Comments

Popular Posts